Kursus Latihan Pengendali Makanan
19 Julai 2020 | Aktiviti TerkiniPada 18 July 2020, Pusat Internet Jeram telah mengadakan Kursus Latihan Pengendali Makanan secara online khusus kepada para usahawan-usahawan Kg. Jeram dan sekitarnya. Seramai 10 orang peserta telah menghadiri kursus tersebut yang diadakan di Bilik Latihan PI Jeram yang berlangsung selama 3 jam bermula pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari.
Antara kelebihan menyertai kursus tersebut adalah untuk memberi pendedahan dan kesedaran tentang kepentingan penyediaan makanan yang bersih dan selamat kepada semua pengendali makanan di sektor perkhidmatan dan industri makanan. Kursus ini juga menekankan aspek-aspek asas dalam kebersihan dan keselamatan makanan, termasuk diri pengendali dan premis makanan. Kursus ini juga diwajibkan bagi setiap pengendali makanan atau mereka akan berdepan hukuman denda maksimun RM10, 000.00 atau penjara 2 tahun jika disabitkan kesalahan tiada sijil pengendali makanan yang sah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: